pengikut , penyibok , busybody

wakil saya :D

Daisypath Anniversary tickers

sebuah cerita...

Dicatat oleh artenzaty
pada suatu hari...
ada dua orang putera yang tampan ingin memikat seorang sang puteri yang telah mencuri perhatian mereka..masing masing ada sesuatu yang di bawa..seorang bawa sebatang lilin dan seorang lagi membawa sebatang bunga api.. pada suatu hari itu , datang lah dua orang putera tersebut yang ingin melamar puteri itu..tetapi , puteri itu keliru kerana mana satu yang ingin dia memilih kerana kedua dua putera itu sama tampan dan kedua dua nya juga dia mahu..
lalu , puteri tersebut berlari lari anak menuju ke rumah nya...
puteri tersebut buntu dan tidak tahu yang mana satu yang ingin dia pilih..
lalu..
keadaan yang seperti buntu itu , bapa nya datang dekat pada puteri itu dan bertanya kenapa seperti orang hilang arah tuju..selepas puteri menceritakan pada bapa nya , lalu bapa nya mula bercerita tentang sebatang lilin dan sebatang bunga api..

pada suatu hari , ada sebuah kota yang mempunyai seorang anak raja yang sedang mencari teman di hati nya.. lalu , datang seorang pemuda yang biasa darjatnya membawa sebatang lilin dan memberikn pada anak raja tersebut...
lalu anak raja itu menanyakan pada pemuda itu..
" kenapa engkau memberikan aku sebatang lilin ? " lalu pemuda itu menjawab , " supaya tuan puteri boleh menyalakan lilin ini sekiranya tuan puteri berada dalam gelap dan sentiasa menerangi kegelapan tuan puteri "
lalu , datang pula seorang putera raja yang membawa sebatang bunga api dan memberikan kepada anak raja itu..lalu anak raja itu pun menanyakan soalan yang sama pada nya..
"kenapa engkau memberikan aku sebatang bunga api ? " lalu putera raja itu pun menjawab , " kerana bunga api ini cantik dan bersinar sekiranya tuan puteri menyalakannya. "
jadi , tuan puteri itu menanyakan kepada bonda nya..
" bonda , mana satu anaknda patut memilih ? sama ada pemuda yang memberi sebatang lilin atau sebatang bunga api ? " lalu bonda nya menjawab , " kalau bonda , bonda akan memilih pemuda yang memberi sebatang lilin itu . " jadi anak raja itu merasa hairan dan menanyakan kepada bonda nya " kenapa bonda memilih pemuda itu ? sedangkan dia membawa sebatang lilin dan lebih menarik daripada sebatang bunga api yang memancar mancar api nya " lalu bonda menjawab dan menerangkan kepada anaknya " kerana lilin itu memberi cahaya yang terang pada kita ketika dalam gelap.. memang bunga api mempunyai api yang cantik dan menarik.. tetapi ia nya hanyalah sekejap dan tidak kekal api nya berbanding lilin yang sentiasa keadaan terang ketika dalam gelap.."
lalu baru anak raja tersebut memahami erti nya cinta itu dan membandingkan kedua dua nya.. dan baru anak raja itu mengerti apa itu cinta.. kerana cinta yang cantik itu tidak kekal lama dan akan sentiasa malap..

Begitu lah cerita yang di cerita kan oleh seorang bapa kepada sang puteri itu dan sang puteri juga faham apa yang di maksudkan.. lalu sang puteri itu memilih putera tampan yang memberi sebatang lilin.. dan putera tampan tersebut menanyakan kepada nya " kenapa puteri memilih ku ? " lalu puteri itu menjawab " kerana lilin yang engkau berikan sentiasa menerangi kegelapan ku ketika aku berada di dalam gelap "
lalu puteri dan putera tampan itu berkahwin dan hidup bahagia selamanya..






 

Artenzaty Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review